KEMAHIRAN BADMINTON MENAKJUBKAN

Wednesday, 7 December 2011

LARI BERPAGAR

Lari pecut 3

  1. DIFINISI LARI BERPAGAR
  2. DIFINISI LARI BERPAGAR Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Acara yang dipertandingkan dalam lari berpagar ialah - 100 meter (wanita) , 110 meter (lelaki), 400 meter (lelaki dan wanita) Acara 55m , 75m , 80m, boleh dipertandingkan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini. Semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diatur.
  3. KEMAHIRAN LARI BERPAGAR Acara ini memerlukan kepantasan belari . Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama. Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki. Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik.
  4. LATIHAN LARI BERPAGAR
  5. Bagi usaha untuk memperkenalkan acara ini diperingkat awal guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang BERANSUR MAJU. LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. LATIHAN 1 Melangkah batang rotan
  6. Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. LATIHAN 2 Tujuan latikan 1 dan 2 ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan bilangan yang seragam ketika berlari di antara halangan. Semasa latihan digalakan membilang setiap langkah dengan menyebut. “ LOMPAT…SATU…DUA…TIGA…LOMPAT..”
  7. LATIHAN 3 Merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Pelajar perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan diikuti dengan kaki belakang yang dibengkok sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung. Latihan menggerakkan kaki belakang
  8. Latihan 4 Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakkan kaki belakang semasa melepasi pagar
  9. Latihan 5 Lari berpagar dari peringkat permulaan gaya sehingga ke garis tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.
  10. FASA LARI BERPAGAR
  11. FASA LARI BERPAGAR Pada am 8 langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama Kedudukan kaki (depan –belakang) diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertama adalah tepat. Panjang langkah mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA
  12. 2.LONJAKAN Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi Bila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.
  13. 3.Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan . Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). Gaya melepasi pagar
  14. PERGERAKAN KAKI HADAPAN (i) Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. (ii) Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan,tumit kaki itu ditendang ke hadapan. (iii) Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin Keterangan yang lebih berkesan
  15. Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondong ke hadapan. (ii) Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi (b) PERGERAKAN KAKI BELAKANG
  16. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang. Pergerakan kaki hadapan Pergerakan kaki belakang Pergerakan tangan (c) PERGERAKAN TANGAN
  17. 4. PULIHAN Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar .
  18. 5. BERLARI DI ANTARA PAGAR Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada dihadapan. Langkah 1 Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama
  19. 6. MENGAKHIRI LARIAN Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.
  20. LATIHAN ANSUR MAJU
  21. LATIHAN ANSUR MAJU A. HALANGAN DI ATAS TANAH (a) Melangkah tali yang direntang di tanah. (b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah. (c) Berlari dan melangkah halangan di tanah seperti berikut :
  22. B. Halangan dengan ketinggian (a) Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. (b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. (c) Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). (d) Berlari dan melangkah bangku panjang. (e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang (Taman Pagar). (f) Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza; rendah ke tinggi). Taman pagar
  23. Berlari dan melangkah kaki dan lutut tinggi Berlari dan melangkah bangku panjang
  24. C .Melangkah bahagian tengah dua halangan Melangkah tengah halangan Melangkah tengah halangan secara berulang
  25. D. Menendang ke hadapan T endangan karate Tendang'tembOk' Tendang bola yang digantung Tendangan karate Tendangan tembok Tendang bola Melangkah kaki
  26. E. Melangkah pagar Guna pagar halangan rendah dengan jarak 1 - 1.5 meter antara halangan. Kaki hadapan dibengkokkan dan diangkat melepasi halangan dan dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi halangan Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa dengan cepat melepasi halangan. Simulasi larian berpagar
  27. F . Latihan kaki belakang secara berasingan Halangan diletak antara 3 - 4 meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan diadakan pada sebelah kaki sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke hadapan dan kaki belakang diangkat melepasi halangan. Ulang beberapa kali. Kemudian, ulang latihan dengan berlari .
  28. G . Melangkah melepasi pagar menggunakan kaki melangkah secara berasingan Halangan seperti latihan C. Latihan diadakan pada sebelah kanan halangan sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah digerak ke hadapan melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang latihan dengan berlari.
  29. H. Halangan rendah (kurang dari 20 cm) Pelari bergerak melepasi halangan rotan yang diletak di atas kon. Jarak antara halangan diubah supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi halangan dan kaki melepasi halangan mestilah yang sama.
  30. Latihan meregangkan otot kaki dan paha
  31. ALATAN-ALATAN TAMBAHAN
  32. ALATAN-ALATAN ALTENATIF YANG BOLEH DIGUNAKAN KETIKA MELAKUKAN LATIHAN
  33. ALATAN TAMBAHAN LATIHAN
  34. ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
  35. Aspek-Aspek Keselamatan Latihan yang sistematik. - melakukan latihan secara ansur maju iaitu dari tahap paling rendah ke tahap yang lebih sukar. - melakukan latihan mengikut kemampuan pelajar. - aktiviti yang dilakukan sesuai dengan tahap umur dan hendaklah sentiasa mementingkan aspek keselamatan
  36. - memberikan perhatian kepada setiap pelajar dan perhatikan potensi yang ada pada mereka. - sentiasa bersama dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti - melakukan aktiviti sesuai dengan kemampuan yang ada pada pelajar. Mengenal pasti kemampuan
  37. Kesesuaian peralatan. - peralatan yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap umur murid. - peralatan yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik. - melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan pastikan peralatan yang digunakan tidak rosak.
  38. Perlakuan murid. - guru hendaklah sentiasa memerhatikan kelakuan pelajar semasa melakukan aktiviti terutama yang merbahaya. - sentiasa membimbing dan menasihati pelajar yang berkelakuan kurang sopan. - memberi nasihat kepada pelajar supaya lebih berhati-hati semasa aktiviti dijalankan
  39. PERATURAN DAN PERALATAN SAMPINGAN
  40. PERATURAN ASAS BAGI PERLUMBAAN LARI BERPAGAR Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. Blok pemulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.
  41. KESALAHAN TEKNIK YANG BIASA DILAKUKAN DALAM ACARA LARI BERPAGAR Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalarn acara lompat tinggi. Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. Melepasi pagar dengan badan yang tegak. Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.
  42. PERATURAN LARI BERPAGAR SET PAGAR YANG DIATUR BAGI LELAKI DAN REMAJA LELAKI 40.00 14.02 Meter Jarak dari set pagar akhir ke penamat 35.00 9.14 Meter Jarak antara set pagar 45.00 13.72 Meter Jarak dari mula ke set pagar pertama 400 110 Meter Jarak larian
  43. SET PAGAR YANG DIATUR BAGI WANITA DAN REMAJA WANITA 40.00 35.00 45.00 400 10.50 8.50 13.00 100 Meter Meter Meter Meter Jarak dari set pagar akhir ke penamat Jarak antara set pagar Jarak dari mula ke set pagar pertama Jarak larian
  44. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari Mengheret kaki di bawah palang pagar Melompat pagar di lorong lain atau Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.
  45. Pagar Pagar hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan lain yang sesuai. Hendaklah mengandungi penompang kayu dan tiang penyokong bingkai empat segi. Pagar-pagar boleh dilaras ketinggiannya bagi setiap acara.
  46. CONTOH PAGAR YANG DIGUNAKAN Gill #406 National Aluminum Hurdle . Gill #4060 Collegiate Aluminum Hurdle Typ Polanik (poland). wagner_small[1]. Typ Pacer (usa). dukencaa_small[1].
  47. PERALATAN SAMPINGAN
  48. CONTOH KASUT SPIKE YANG SESUAI DIGUNAKAN Adidas adiStar Sprint Shoe Adidas Demolisher Sprint Spike. Asics Turbo Phantom Spike. Adidas Meteor SP Track Shoes.
  49. KENALI JAGUH LARI BERPAGAR
  50. JAGUH LARI BERPAGAR DUNIA PELARI DARI CHINA , LIU XIANG PEMEGANG REKOD DUNIA DAN OLIMPIK IAITU 12.88saat. COLIN JACKSON JUGA JAGUH DALAM ACARA LARI BERPAGAR
  51. LAGENDA PELARI NEGARA Ishtiaq Mubarak Umur: 56 Asal: Melaka Status: Berkahwin Anak: Shahmiz, 16; Shahkira, 13 | Isteri Samini Abdullah Kerjaya: Koordinator Pembangunan Majlis Sukan Negara Pencapaian: 1966 - Sukan Asia Bangkok - pingat gangsa 1967 - Sukan Seap - Pingat gangsa Lompat kijang 1969 - Sukan Seap - Pingat emas 110m lari berpagar 1971 - Rekod baru Sukan Seap 110m lari berpagar.
  52. bye-bye

No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR DAN MENERIMA BOLA

PANDUAN SUKAN OLAHRAGA 1M 1S

PANDUAN PENGAJARAN KSSR PJK TAHUN 2

BMI- INDEKS JISIM

The Body Mass Index (BMI) is calculated with the formula weight in kilogramm divided by body height in meter to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the Body Mass Index, use the Free BMI Gadget/BMI-Club for your website . Additional information: Body Mass Index (BMI) Calculator.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.

KENALI BOLA BALING

CARA MENGHANTAR DAN MENERIMA BOLA

TRIKS AND GOALS