Hari : Isnin
Tarikh : 20/06/2011
Tingkatan : 4 Aktif
Bil.Pelajar : 36 orang
Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani
Tajuk : Permainan bola baling
Sub-tajuk : Kemahiran menggelecek bola dan mengawal pihak lawan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat :
- namakan dua kemahiran asas lain selain kemahiran mengelecek bola dan mengawal pihak lawan.
- menerangkan cara menerima dan menggelecek bola dengan teknik yang betul.
- menjustifikasi kepentingan kemahiran mengawal pihak lawan dalam permainan bola baling
Kaedah Pembelajaran : Pembelajaran Masteri
Alat Bantu Mengajar : Wisel -1, bola baling - 18, skitel -4
Nilai : Bekerjasama, mematuhi arahan guru, berdikari
KBKK : Menaakul, membanding beza
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat perlawanan persahabatan permainan bola
baling yang diadakan di padang sekolah.
Langkah/ Masa/ Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | ABM/ KBKK/ Nilai | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||
Set induksi (5 minit) Pegenalan kepada kemahiran mengelecek bola. |
(Rujuk ABM 1: powerpoint). | 1. Murid melihat tayangan powerpoint. 2. Pelajar memberi respon. | ABM: powerpoint KBKK: Menaakul Nilai: Bersyukur |
Langkah 1 (15 minit) Definisi dan kemahiran mengelecek bola. | 1. Guru menerangkan definisi dan konsep berkaitan kemahiran mengelecek bola. (Rujuk ABM 2: power point). 2. Guru menilai kefahaman pelajar melalui soal jawab: i) Kenapa kita harus mempelajari teknik mengelecek bola? ii)Beritahu cara mengawal pihak lawan? iii)Apakah kepentingan kemahiran mengawal pihak lawan dalam permainan bola baling? 1. Guru mengajar perbezaan antara kemahiran mengelecek dan kemahiran mengawal pihak lawan dalam permainan bola baling. |
i)Untuk melepasi pihak lawan Ii)Berdiri di hadapan pihak lawan, bijak membaca pergerakan pihak awan, mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas semasa menghalang pihak lawan. Iii) Menghalang pihak lawan dari maju ke petak gol, mengelakkan daripada terkena jaringan gol 3. Murid membuat rumusan: perbezaan antara kemahiran mengelecek dan kemahiran mengawal pihak lawan dalam permainan bola baling. | ABM: Powerpoint. KBKK: Menaakul Nilai: Bersyukur |
Langkah 2 (15 minit) Praktikal kemahiran mengelecek bola |
padang untuk mempelajari kemahiran mengelecek bola
i) cara mengelecek bola ii) cara mengawal bola | 1.Murid bertindak atas arahan guru 2. Murid mempelajari cara mengelecek bola dan cara mengawal bola | ABM: bola, wisel, kon, bib. KBKK: Menaakul Nilai: Bersyukur |
Langkah 3 (20minit) Kemahiran asas | 1. Guru meminta murid membentuk kumpulan : K1: mengelecek bola. K2: menghalang pihak lawan K3: mengelecek bola K4: menghalang pihak lawan K5: mengelecek bola K6: menghalang pihak lawan 2. Mengarahkan pelajar bertukar posisi | 1. Murid bergerak membentuk enam kumpulan dan melaksanakan tugasan seperti yang diarahkan. 2. Pelajar bertindak mengikut arahan | ABM: bola baling, kon, bib, wisel. KBKK: Menaakul Nilai: kerjasama |
Penutup (5 minit) | Guru meminta seorang pelajar membuat rumusan terhadap tajuk dan isi kandungan perkara yang telah dipelajari. | Seorang pelajar membuat rumusan. Pelajar yang lain memberi perhatian. |
salam...mintak kebenaran utk ambil maklumat dr rph ni ye......nor hapizah nordin sks2bk 2003-2010
ReplyDeleteYe..bole..ambek je kak fizah.
ReplyDeleteSkrg kat seksyen 2?
ReplyDeleteSkrg kat seksyen 2?
ReplyDelete